KAMPUNG TERSUSUN TALANG K. KANGSAR, PERAK
SELAMAT DATANG KE
KAMPUNG TERSUSUN TALANG
33000 KUALA KANGSAR, PERAK
PENGENALAN
Sebuah kawasan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) yang dinamakan sebagai Kampung Tersusun Talang atau dahulunya dikenali Padang Korbou.
Mempunyai 303 lot tanah kediaman yang kebanyakan setiap satu terutama lot tengah bersaiz 50' x 90'. Bermula dengan beberapa orang penduduk mendirikan rumah di sini sekitar awal tahun 2000. Terdapat juga lot rumah kedai di kampung ini.
Kampung Tersusun Talang dengan singkatan namanya KTT kini pesat membangun. Semakin hari semakin bertambah rumah yang dibina. Terkini sebanyak 142 buah rumah siap dan termasuk yg sedang dibina.
Antara kemudahan asas selain jalan, longkang, bekalan elektrik, air serta Unifi (fiber) yang terdapat di sini, sebuah surau dan dewan terbuka yang boleh digunapakai untuk majlis keraian seperti kenduri dan juga untuk bersukan.
KTT dibawah seliaan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Bermakna cukai pintu akan dikenakan setiap tahun. Manakala pungutan sampah akan dikutip dalam 3 kali seminggu.
Terdapat 2 institusi pentadbiran di Kampung Tersusun Talang.
Pertamanya Persatuan Kebajikan Penduduk Kampung Tersusun Talang (PKPKTT) Merupakan suatu badan yang berdaftar semenjak 2007 lagi. PKPKTT diwjudkan bagi mengawal selia kebajikan dan pembangunan untuk seluruh penduduk, oleh yang demikian bagi menyokong pelbagai aktiviti persatuan diseru kepada semua penduduk untuk mendaftar sebagai ahli persatuan.
Institusi Pentadbiran Kedua adalah Surau Al Hijrah, syiar Islam dimana ia menampakan keberadaan umat Islam di sini. Segala aktiviti keagamaan, kerohanian dan kemasyaratan di laksanakan di sini. Sepanjang Covid19 (PKP) 2020-2022, Surau ini di benarkan untuk melaksanakan solat Jumaat. Surau ini juga telah banyak menampilkan imam dan bilal muda terutamanya sewaktu bulan Ramadhan bagi melatih anak muda penduduk KTT mewarisi generasi sediada.
Di Kampung Tersusun Talang juga terdapat pengajian awal kanak2 iaitu Tabika dari usia 4thn. Kelas ini kini ditempatkan di bangunan Surau Al Hijrah. Muridnya dlm bilangan seramai 10 ke 15 org.
Terdapat juga para peniaga yg membuka perniagaan seperti kedai runcit dan kedai makan utk sarapan pagi dan petang.
INSTITUSI PENTADBIRAN
2 institusi pentadbiran yang bergerak dalam memajukan kampung adalah seperti berikut :-
1. PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK
KAMPUNG TERSUSUN TALANG,
KUALA KANGSAR, PERAK. (PKPKTT)
Sebuah persatuan yang berdaftar secara sah.
a). Maklumat Persatuan
- No Pendaftaran : 1931-07-PRK
- Lulus Pendaftaran : Oktober 2007
- Jumlah Keahlian Terkini : 157 Ahli
- Bank : Maybank
- No Akaun : 158097771082
b). Tujuan dan Matlamat
- Menyatukan padukan seluruh penduduk di kawasan kampung tersusun ini.
- Menjaga kebajikan penduduk.
- Mentadbir dan mengurus pembangunan prasarana bagi memastikan kampung tersusun ini tidak
tertinggal dari arus pembangunan.
- Sentiasa memberi kerjasama dengan pihak kerajaan berkaitan hal ehwal kampung tersusun ini.
- Mendokong segala hasrat murni kerajaan dalam pembangunan dan kedaulatan negara
c). Keahlian
- Syarat-syarat untuk menjadi ahli pertubuhan ini adalah seperti berikut :-
- Hendaklah seorang warganegara Malaysia samada lelaki atau perempuan.
- Berumur 18 tahun keatas.
- Mempunyai hakmilik tanah berdaftaf di Kampung Tersusun Talang ATAU sebagai penyewa rumah
dimana-mana lot di Kg Tersusun Talang
- Ahli keluarga lain yang tinggal bersama juga boleh memohon manjadi ahli
d). Bayaran Pendaftaran Dan Yuran
Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :
- Bayaran Pendaftaran RM5.00
- Yuran Bulanan RM2.00 Pindaan 2023 akan dikuatkuasa pada 1 Jan 2024
Digalakan untuk membayar Yuran secara tahunan.
PINDAAN 2023 TELAH DILULUSKAN OLEH ROS
- Yuran Bulanan RM2.00 (Berkuatkuasa pada 1 Jan 2024)
e). Carta dan Senarai Jawatankuasa PKPKTT 2023-2025
f). Lain-lain kemudahan adalah seperti berikut :-
- Dewan Terbuka.
Boleh digunakan untuk aktiviti bersukan dan riadah serta majlis kenduri atau program keraian
Bagi menggunakan kemudahan ini ada bayaran yang akan dikenakan mengikut keperluan yang dikehendaki
- Taman Permainan Kanak-Kanak
Sebuah kawasan mini permainan untuk kanak-kanak juga terdapat dikampung ini.
- Bilik Pengurusan Jenazah
Sebuah bilik pengurusan jenazah seperti memandikan dan mengafankan jenazah. Manakala untuk solat jenazah boleh dilakukan di Surau Al Hijrah yang berdekatan kawasan bilik pengurusan jenazah tersebut.
- Tabika Kemas
Sebuah Tabika Kemas yang terletak di bangunan Surau Al Hijrah. Boleh menempatkan seramai 10 ke 15 orang pelajar. Mempunyai seorang guru dan seorang pembantu.
Anda boleh jadikan rakan facebook kami Kampung Tersusun Talang dengan klik link berikut bagi mendapatkan perihal aktiviti atau program yang diadakan di KTT.
KLIK GAMBAR / LINK
Untuk Sertai dan Ikuti kami di Facebook
2. SURAU AL HIJRAH
a). Maklumat Surau
- No Pendaftaran
PAD.KK.07/03/01/PSK/256
- Di daftarkan pada : 18 Ogos 2019
- Bank : Bank Rakyat
- Penama Akaun : SURAU AL HIJRAH
- No Akaun : 1100783697
b) Pengenalan
Mula terbina Surau Al Hijrah sekitar 2012-2013. Asal surau ini dari Kampung Talang Hulu yang mendapat peruntukan membina surau baru. Atas inisiatif Persatuan Kebajikan Penduduk Kampung Tersusun Talang serta penduduk ketika itu untuk mengerakan usaha mendirikan surau di KTT maka surau di Talang Hulu dipindahkan ke Kg Tersusun Talang
Kini Surau Al Hijrah, masih kekal hingga ke hari ini sudah menjangkau usia 10 tahun di KTT.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam memberi sumbangan kewangan serta usaha pembinaan Surau Al Hijrah
Segala infaq sumbangan dana kewangan dan tenaga anda akan mendapat ganjaran yg setimpal utk dibawa ke akhirat nanti.
Sebagai generasi yg baru di KTT ia sebagai penyambung usaha murni ni dan seharusnyalah berusaha menjaga keharmonian kpg serta mengimarahkan surau dgn mengaktifkan diri kita dlm pelbagai aktiviti
Ruang solat utama boleh memuatkan hampir 140 jemaah pada suatu ketika. Dilengkapan dengan karpet dan pengawa dingin.
Pengajian ilmu/kuliah bulanan diadakan seperti berikut
- Kuliah Maghrib 6 kali sebulan
- Kuliah Subuh 2 kali sebulan
Setiap hari Ahad minggu ke 2 dan ke 4
- Kuliah Muslimat 2 kali sebulan
Setiap Jumaat 3.00 petang minggu pertama dan ketiga.
Untuk maklumat penuh berkenaan aktiviti atau program Surau Al Hijrah, anda boleh menjadi rakan Facebook SURAU AL HIJRAH
KLIK GAMBAR / LINK
Untuk Sertai dan Ikuti kami di Facebook
d). Carta dan Senarai Jawatankuasa SURAU AL HIJRAH
e). Khairat Kematian
Disediakan juga pendaftaran untuk KHAIRAT KEMATIAN.
Untuk mendapatkan info dan pertanyaan boleh menghubungi no berikut atau klik pada link yang diberi
1. Tn. Imam Zainal Abdidin bin Shaari
013-5817573
2. En Ahmad Zaki bin Sulaiman
019-4634022
Atau Klik Gambar / Link Berikut
SEKIAN TERIMA KASIH


























Comments
Post a Comment